Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kota-kota dan perkampungan di seluruh Bahrain menyaksikan penduduknya keluar memenuhi jalan-jalan untuk berdemonstrasi.
Penunjuk perasaan melaung-laungkan slogan kesejahteraan sosial serta menuntut pemberhentian kekuasaan regim kuku besi Al Khalifah.
Sementara itu kaum wanita juga turut mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Britain yang secara terang-terang mempertahankan kekejaman regim Al Khalifah.
Menurut laporan, demonstrasi di wilayah Abushabi' telah disuraikan oleh polis dengan kerjasama pasukan keselamatan Saudi dengan kekerasan sehingga menyebabkan seorang warga tempatan bernama Ali Ahmad Radhi Al-Qashab meninggal dunia. Kematian orang awam di Bahrain dikhuatiri akan terus meningkat apabila pihak polis meningkatkan operasi mengejar penunjuk perasaan.
Kematian Ali Radhi ini menyebabkan angka korban revolusi Bahrain meningkat seramai 54 orang.
Demonstrasi di wilayah Abusabhi' disuraikan oleh polis dan pihak keselamatan Saudi berakhir dengan kematian warga tempatan yang bernama Ali Ahmad Radi Al-Qashab.
15 Disember 2011 - 20:30
News ID: 284321
Demonstrasi di wilayah Abusabhi' disuraikan oleh polis dan pihak keselamatan Saudi berakhir dengan kematian warga tempatan yang bernama Ali Ahmad Radi Al-Qashab.